drag and drop web design

<












"Kerajaan Negeri komited untuk menyuntik dinamisme ekonomi, sosial dan infrastruktur di luar bandar. Fokus Kerajaan Negeri pada tahun 2016 adalah untuk merevolusikan pembangunan desa dan luar bandar".
YAB Datuk Menteri Besar Selangor

Pengenalan Sistem SMART Desa Selangor


SMART Desa Selangorku ini merupakan satu sistem yang menggabungkan maklumat spatial dan bukan spatial secara online. Fungsi sistem ini untuk menyalurkan maklumat kepada pihak bertanggung jawab berhububung profil fizikal dan sosio sesebuah kampung untuk memudahkan penyelarasan perancangan, pembangunan, penyelenggaraan serta penyaluran peruntukan.


Pada asasnya sistem ini akan disokong dengan keupayaan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang dapat menyediakan platform penghubung antara perancang atau pembuat keputusan dengan kecapaian maklumat spatial. GIS juga akan berperanan sebagai tool dalam menyokong dan membangunkan maklumat berpusat dalam Pelan Halatuju Strategik Desa Negeri Selangor 2035 terutamanya dalam mengumpul, menyimpan, menyelenggara, menganalisis data serta pemetaan. Ini selaras dengan matlamat kajian untuk mewujudkan satu rangka kerja spatial yang bersepadu ke arah pembangunan desa sejahtera yang berteraskan dasar Negeri Selangor terkini.


RINGKASAN KEUPAYAAN SISTEM

Video menerangkan ciri-ciri dan keupayaan sistem yang ditawarkan kepada pengguna berdaftar.